TEL AVIV: Rejim Israel tidak akan menghentikan serangan darat ke atas Gaza selagi kesemua matlamat mereka belum dicapai, tegas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam sidang media pada Sabtu.

“Kami (Israel) akan meneruskan peperangan ini dan hanya akan berhenti apabila kesemua matlamat kami tercapai dan kami tidak akan mencapai matlamat itu itu tanpa melakukan taktikal darat,” tegas Netanyahu memberi peringatan.

“Tiada jalan lain untuk mencapai matlamat-matlamat itu selain daripada meraih kemenangan, dan tiada jalan lain untuk menang tanpa melakukan taktikal darat.”

Matlamat-matlamat yang digariskan zionis Israel, jelas Netanyahu ialah membebaskan kesemua tebusan, membinasakan pasukan pejuang Hamas dan menghalang berlaku “sistem pemerintahan yang kejam” di Gaza.

“Kita perlu capai semua matlamat ini; ini satu-satunya hal yang amat penting buat saya,” kata Netanyahu lagi.

Sekalipun tegas bersuara mengenai hasratnya membebaskan kesemua tebusan di dalam tawanan Hamas, namun, Netanyahu enggan berkongsi maklumat mengenai situasi tebusan-tebusan Israel yang kini berada di Gaza.

“Berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul, kamu dapat menyedari bahawa mereka (tebusan) melalui pengalaman yang amat buruk,” kata Netanyahu. - Agensi